search

Top-ads

BERBUKA PUASA BERSAMA TAHUN 2015

By | 5 comments
BERBUKA PUASA BERSAMA TAHUN 2015 | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Cuaca semakin panas nampak gayanya di bulan Ramadhan ni. Menguji kesabaran para muslimin dan musliman sekalian.  Sedang liz menaip entry blogpsot ni pun liz rasa peluh menitis-nitis dari dahi ke pipi. Waceh over macam orang petani pula.

Jumaat yang lepas Alan bawa liz pergi berbuka ke tempat yang kami pernah pergi tahun lepas iaitu di Klang. Sambil makan boleh tengok orang di pelabuhan buat kerja tapi makanan dekat sana sangatlah mahal lagi-lagi selepas dikenakan GST. Sotong goreng celup tepung 3 ekor dah RM19.00 lepas tu ikan bawal sekor yang kecik tu RM36 lepas tu yang lain-lain lagi tambah tolak bahagi darab semua total RM81.00 untuk dua orang makan. Liz rasa sangat mahal dan rasa tak kenyang lah makan benda yang mahal-mahal ni. 




Ini namanya posing tahap kebosanan tunggu Alan datang ambil dekat rumah lambat sangat. Dah lebih daripada 10 keping selfie ambil tapi tak sampai juga lagi. Rupanya dia boleh pula tengok drama dekat tv sampai terlajak sampai kul 830 pm. Mujur masa berbuka tadi minum air milo jadi kenyanglah juga perut sementara nak tunggu makan yang lebih berat.


Dah sampai pun selfie lagi. 
Selagi ada masa dan ruang perempuan ni memang suka kan ambil gambar?



Apalah nasib asal setiap kali keluar makan mesti nak kena makan ais krim dulu. Kalau tak dapat makan ais krim sebelum makan, selepas makan mesti cari ais krim. Mujurlah Alan dah terbiasa dengan perangai liz yang semakin menjadi sejak baru-baru ni.
Oh what PRAGNANT? Hah! Tang bila pula aku nikah?



Thank you for majlis berbuka puasa pada pukul 940 pm.
Nasib baik bulan puasa bulan yang penuh kesabaran tau.

P/S kalau nak berbuka puasa di luar liz cadangkan lepas magrib. 
Boleh solat dulu dekat rumah lepas tu makan dengan tenang. 





Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. muara tanjung ikan bakar port klang kan? hehehe tahun lepas kite buke situ dulu best!! >.<

    ReplyDelete
  2. cantiknya sis <3 okay, tak muak ke makan aiskrim before makan makanan berat?

    ReplyDelete
  3. Berbuka ringan dulu..berat lmbat sikit..hahaha

    ReplyDelete
  4. Sekarang seafood dekat port klang tu macam tak best and tak berbaloi sangat kan. Dulu-dulu best.

    ReplyDelete
  5. untungla... sedihnya aku.. husband jauh.. T.T

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK