ORANG LAIN DAPAT GAJI TAPI LIZ TAK DAPAT? | Assalamualaikum beautiful ladies and girls, keluhan besar-besaran rasanya nak lepaskan malam ni.  I just notice that I gave wrong account number to HR yang melibatkan my salary. 

And know what? Number account tersebut ialah number account maybank Alan. Ohmagaidddd lagi lah kena bebel kena remind dan kena warn lagi dengan Alan! Rasa malu nya buat kesilapan macam ni. 

Baru je malam ni semangat nak masak ayam goreng berlada tpi sekarang ni mood tah kemana dah. Mood now is malu! Malu sebab salah bagi no account :( Patutlah semua orang dah dapat gaji tapi liz tak dapat lagi. 



Apa kesilapan yang dah buat by hope by cope it can be settle tomorrow.
Good Nite.
WATCH ME REBEL IN PASTEL | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Hari isnin telah pun berlalu dengan cemerlang dan jayanya. Tiada Monday Blues sebab semalam liz berpakaian temakan warna PASTEL. Ni semua sebab liz sahut cabaran daripada Maybelline Malaysia "Watch Me Rebel" bersama lipstick Rebel Bouquet. 

Jumaat lepas pergi Mydin teman Alan beli Lemon. Kuat minum lemon dia ni sekarang, setiap minggu ajak pergi mydin mesti beli lemon sebab lemon dekat mydin murah.  Silap liz juga yang ajar dia minum lemon tu sampaikan nak balik Mentakab hari tu pun bawa bekal Lemon. Tapi bagus untuk penghadaman sebenarnya. Liz pula memang dah lama nak beli Rebel Bouquet Maybelline Lipstick. Teruslah beli dengan harga RM31.00 tapi masa dekat Mentakab liz pergi tengok dekat pasaraya TF dia jual baru RM27.99 rugi da RM3 urghhh stress. Tapi memandangkan demi Maybelline punya contest. Gigih lah juga nak masuk sekali manatau rezeki menang.


Ni gambar liz join untuk contest ni. Baru submit semalam, sangat mudah cuma perlu selfie in your pastel outfit. 



Rebel Bouquet lipsticks comes in 10 pastel shades suitable for every skin tone. Enriched with creamy honey nectar to ensure lips stay hydrated. 

Why You'll Love It: 
- Vibrant and bright petal fresh pastels 
- Rich colors 
- Smooth application 
- Enriched with moisturizing honey nectar 

For Best Results: 
Apply starting in the center of your upper lip. Work your way outwards to the edges of you lip, lining the contours of your mouth. Then smooth across the bottom lip. 



Cara nak join? Jom follow seperti dalam gambar di bawah! 



Semoga berjaya. Mudah je caranya kan cuma selfie dan buat hashtag #watchmerebel dan #maybellinemalaysia


SABUN WHITENING PREMIUM DAN DOUBLE SERUM BABESKIN BAIKI MASALAH KULIT | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Minta maaf sangat sebab lambat kongsi dengan korang produk baru daripada Babeskin ni hah.  Hari ni liz nak sentuh soal whitening! Ramai sangat dekat luar sana tu nak jadi putih lagi-lagi kita orang perempuan ni, takut sangat kalau kulit hitam.  Selalu asyik jaga muka je jadi apa kata kita jaga lah sekali anggota badan yang lain.

Sabun Whitening Premium nama diberi ini kaya dengan vitamin A, C & E yang memberi kelembutan kepada kulit dan juga kecerahan secara semula jadi. Liz dah guna hampir 2 minggu sabun ni sewaktu mandi. Sabun ni sebenarnya 2 in 1 alkisahnya sebab korang boleh guna buat cuci muka dan juga badan.  Jimat sangat korang guna sabun ni tak payah susah-susah nak putihkan muka dengan badan. Guna 1 sabun dah boleh selesai semua masalah tapi kena consistent lah penggunaanya tu. 



Liz dah guna 2 minggu tau sabun ni. Liz guna buat mandi sebab liz ada pencuci muka dah jadi tak nak campur-campur. Liz guna buat mandi je lah dan paling best liz rasa dekat bahagian-bahagian yang ada parut dah semakin cerah.  Ohmagaid so amazing sabun ni TAK SANGKA ada faedah yang lain. Berbaloi beli tau.


KEBAIKAN WHITENING SOAP PREMIUM:

Membaiki kulit
Melembabkan kulit
Mencerahkan kulit
Menaggalkan sel-sel kulit mati
Mengurangkan masalah jerawat dan bintik-bintik hitam di muka


Selain sabun whitening premium liz ada 1 lagi produk yang liz nak cerita dekat korang semua. Kebaikkan serum daripada DOUBLE SERUM BABESKIN. Ada dua jenis serum iaitu :

1. Repairing Booster

2. Ultimate Mega-Lift


Liz dah guna yang pertama iaitu Repairing Booster.  Setakat ni liz rasa perubahan ketara daripada serum ni ialah ianya mampu mengecilkan liang pori kulit muka liz. Manakala yang kedua pula liz belum cuba lagi sebab sekarang ni tengah excited nak kecilkan liang pori muka dulu.




Whitening Soap : RM29.00 ( SM ) dan RM39.00 ( SS )
Double Serum Premium : RM119.00 ( SM ) dan RM129.00 ( SS )





Selamat Mencuba! 


BERBUKA PUASA BERSAMA TAHUN 2015 | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Cuaca semakin panas nampak gayanya di bulan Ramadhan ni. Menguji kesabaran para muslimin dan musliman sekalian.  Sedang liz menaip entry blogpsot ni pun liz rasa peluh menitis-nitis dari dahi ke pipi. Waceh over macam orang petani pula.

Jumaat yang lepas Alan bawa liz pergi berbuka ke tempat yang kami pernah pergi tahun lepas iaitu di Klang. Sambil makan boleh tengok orang di pelabuhan buat kerja tapi makanan dekat sana sangatlah mahal lagi-lagi selepas dikenakan GST. Sotong goreng celup tepung 3 ekor dah RM19.00 lepas tu ikan bawal sekor yang kecik tu RM36 lepas tu yang lain-lain lagi tambah tolak bahagi darab semua total RM81.00 untuk dua orang makan. Liz rasa sangat mahal dan rasa tak kenyang lah makan benda yang mahal-mahal ni. 




Ini namanya posing tahap kebosanan tunggu Alan datang ambil dekat rumah lambat sangat. Dah lebih daripada 10 keping selfie ambil tapi tak sampai juga lagi. Rupanya dia boleh pula tengok drama dekat tv sampai terlajak sampai kul 830 pm. Mujur masa berbuka tadi minum air milo jadi kenyanglah juga perut sementara nak tunggu makan yang lebih berat.


Dah sampai pun selfie lagi. 
Selagi ada masa dan ruang perempuan ni memang suka kan ambil gambar?



Apalah nasib asal setiap kali keluar makan mesti nak kena makan ais krim dulu. Kalau tak dapat makan ais krim sebelum makan, selepas makan mesti cari ais krim. Mujurlah Alan dah terbiasa dengan perangai liz yang semakin menjadi sejak baru-baru ni.
Oh what PRAGNANT? Hah! Tang bila pula aku nikah?



Thank you for majlis berbuka puasa pada pukul 940 pm.
Nasib baik bulan puasa bulan yang penuh kesabaran tau.

P/S kalau nak berbuka puasa di luar liz cadangkan lepas magrib. 
Boleh solat dulu dekat rumah lepas tu makan dengan tenang. 





1st TIME EXPERIENCED FOR DUAL YELLOW LIGHT LASER TREATMENT WITH KO SKIN SPECIALIST |  Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Hari ni dah masuk hari ke-3 berpuasa buat semua muslimin dan musliman semua kan? Alhamdullilah. Bila sebut nama Dr. Ko ataupun Ko Skin Specialist mesti ramai yang tahu dah kan. Nama yang sangat besar dalam dunia kecantikkan kulit. Korang akan nampak merata-rata tempat ada bilboard ad Dr. Ko. Liz dengan rasa rendah hati sangat bersyukur diberi peluang oleh pihak Ko Skin Specialist untuk menerima rawatan Yellow Light Laser treatment. Sebelum ni liz memang dah gunakan produk mereka sejak dari tahun 2014 lagi. 

Hari ni liz nak kongsikan pengalaman pertama liz buat laser treatment. Ianya lebih dikenali dengan nama Yellow Light treatment. Kebanyakkan rakan-rakan liz rasa gerun dan takut bila sebut pasal laser.  Eah kenapa takut? Sakit ke treatment laser ni? Betul ke sakit? Bila liz dengar ramai orang cakap laser ni sakit. Alamak betul ke sakit sebab liz teringin sangat nak cuba laser. Ada yang kata pada usia yang muda tak sesuai buat laser nanti rosak kulit dan collagen di kulit muka semakin berkurang. Adakah ini fakta atau mitos? Adakah mereka-mereka yang berkata tersebut seorang pakar kulit? Jadi jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin, untuk kepastian lebih baik rujuk dengan yang bertauliah.

Lepas tu boyfriend liz cakap "rileks lah sayang, beauty is pain kan?" Omagaid dia kenakan liz pula waktu-waktu macam ni. Dia suggest liz refer dengan Ko Skin Specialist because he believes beauty specialist is the good place for my skin problem.  Dan treatment yang mereka berikan adalah yang bersesuai dengan masalah kulit setiap pesakit. 



Hi Dr. Christie! 

Sebelum mulakan apa-apa treatment beliau akan sarankan treatment yang terbaik untuk setiap pesakit yang datang ke sini. Sebelum ni liz dah buat treatment Agnes & Firm FX.  Hari ni liz akan buat treatment Yellow Light pula.  Sebelum kita mulakan apa-apa treatment, Dr. Christie akan terangkan segala proses yang akan dibuat dari A-Z. 

Beliau juga akan menerangkan setiap tindak balas yang akan dirasai semasa rawatan berlaku. Yellow light treatment mempunyai multi funtion, selain membantu merawat masalah jerawat ianya juga sangat bagus dalam memudarkan parut gelap di sekitar muka.  Kesan Yellow Light boleh mengecilkan luka vascular yang disebabkan oleh kapilari darah di dalam wajah.  Kalau korang nampak muka merah-merah seperti urat-urat merah ataupun luka jerawat yang kemerahan itu semua disebabkan kapilari darah di dalam kulit muka kita telah mengembang. Itu secara permahaman liz tetapi kalau betul-betul nak tahu dengan lebih terperinci you guys boleh walk in di mana-mana cawangan mereka yang terdekat. 



Gambar ini dari sumber Website Ko Skin Specialist.
Nampak tak kapilari darah tu bila dah sampai ke bawah permukaan kulit? Jadi kalau guna Yellow Light ianya boleh membantu mengecilkan kapilari darah tersebut.



Without foundation before Yellow Light Treatment. 
Bila liz tak pakai foundation kulit adalah seperti ini. 
Bila pergi buat treatment tak payah make up supaya memudahkan beautician bersihkan muka kita.  



Hi Ting Ting. 
Semua orang dekat sini friendly. 






Bilik rawatan yang cukup besar dan selesa.


Ini ialah gambar liz yang dah siap di letak gel. Sebelum buat laser treatment beutician specialist akan sapukan gel di seluruh bahagian muka. Kemudian mereka akan maklumkan pada kita "we will start, are you ready?" Masa ni liz nervouse juga sebab takut sangat sakit ke laser ni seperti yang dikata orang di luar sana? Its that true? Tapi bila liz buat Yellow Light Laser treatment ni rupanya tak sakit langsung. Not pain at all! Ohmagaid best nya treatment ni cuma at first je rasa seram sejuk bila dengar bunyi mesin tu tapi bila rawatan dijalankan tak rasa sakit pun, rasa macam muka liz tengah kena urut.



Tadaaaa! Lebih cerah selepas membuat Yellow Light treatment. Kata Dr. Christie kulit muka akan menjadi cerah dari hari ke hari. Kesan daripada Yellow Light ni adalah kesan yang baik berterusan bukan sekadar setakat hari tersebut je.  Jerawat yang naik tadi pun dah kecut bila sentuh dekat muka rasa lembut dan licin je. Tak da dah rasa macam kasar-kasar. Lepas tu liz tengok lopak yang ada kesan jerawat dah berkurang. Yellow Light treatment is doing magical on my skin lah. 

Nanti liz kongsi kan result selepas seminggu treatment ni pula. Okay! Tak sabar nak flawless :) Kalau korang nak rasai apa yang liz dah rasa jom lah sekarang pergi ke Ko Skin Specialist terdekat.  Raya dah tak lama dah ni jomlah cantik sama-sama.

 Ko Skin Specialist







First Day Working Experienced In Subang Jaya | Assalamualaikum ladies and girls. Alhamdullilah dah masuk minggu ke-3 esok liz berkerja di tempat baru. Hari ni liz berjaya juga adakan masa untuk berblog. 

Hari pertama berkerja mesti rasa kekok. Lepas tu kerja takda selama 2 jam. Nak buka Facebook macam tak patut pulak nak main phone rasa macam tak manis pulak. Buka email saja lah. Dah habis check email alahai nak buka apa pula ni. Okay lah ambil News Paper. Hadeh ~~ terasa hipokrit nya hidup ketika itu. Sejak bila pula liz rajin baca News Paper. (The News Street Time) pula tuuuu! 

Dalam pukul 940 macam tu baru la penuh semua orang dalam office. Eah bukan waktu kerja 830 ke tapi dorang ni masuk semua macam-macam waktu ada. Dasyat betul company ni. Dah berminggu-minggu dekat sini baru liz tahu dekat company ni HR takda cuma ada HR di HQ (Indonesia). Haha. Bos pun dekat Indonesia, tak pakai thumb print sebab pakai work plan. Mudah giler konsep sini tapi masing-masing kena siapkan kerja mengikut dateline. 


First day sampai awal. Okay jomlah pergi toilet lepas tu selfie. 


First day dapat task selepas beberapa jam. Banyak sangat perkara di brief pada hari pertama. 
Rasa macam tengah dengar ceramah. 


Setiap hari balik pasti jammed. But not a heavy traffic jammed. Still can tolerate with the situation lol. Tapi dalam masa yang sama takut sesat. Setakat ni tak sesat lagi sebab dah training tau dengan boss sebanyak 2 kali ulang-alik dari rumah ke tempat kerja. 


Liz dah mula kelam kabut dengan stock tudung. Masa mula-mula pindah, liz terima banyak sangat tempahan bawal yuhanis. Sehingga kan badan ni terasa sangat-sangat penat. Tapi kena kuat kan semangat juga membuat packaging dan mengepos.





  
Berjaya pos kan kesemua tempahan daripada customer sama ada secara jualan biasa mahupun secara whole-sales. Impian dan cita-cita cuma satu iaitu berharap semoga berjaya membuka perniagaan sendiri dan boleh berhenti daripada makan gaji. Liz tinggalkan bidang HR dan masuk ke bidang pekerjaan baru ini ialah import export product daripada Indonesia ke Malaysia juga merupakan platform yang baik buat diri liz sendiri. Agar pengalaman di tempat kerja baru ni liz boleh menimba banyak ilmu perniagaan dan boleh uruskannya dengan baik. By hope liz lebih kuat semangat dan cepat faham daily routine kerja yang baru ni. (Sebab minggu kedua liz dah mula rasa stress).

Assalamualaikum. Nant liz update lagi. Done simple entry by me.
Liyliz Yusof.
PESTA BUNGA - FESTIVAL FLORIA PUTRAJAYA 2015 | Assalamualaikum beautiful ladies.  Kali ini Floria Putrajaya berkonsep Taman Diraja yang belokasi di Presint 4 Putrajaya. Dan ini ialah kali pertama liz datang ke sini untuk melihat sendiri lebih 1000 jenis warna bunga-bunga yang ada di sini. Kalau tak silap liz tahun lepas bunga Begonia menjadi bunga tema Festival Floria Putrajaya tapi untuk tahun 2015 bunga Lily diangkat sebagai bunga yang menjadi tema Festival Floria Diraja Putrajaya 2015.

Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak manakala RM10 untuk pelancong asing. Pameran ini berlangsung bermula pada 30 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015.

Alhamdullilah liz berkesempatan untuk datang ke sini bersama House-mattes.  Selalunya liz kalau keluar ke mana-mana mesti dengan body guards. Haha #boss tapi kali ni dia bagi ruang sikit untuk liz keluar dengan gadis-gadis. And I really appreciate every single minutes that we spend together.

Mungkin orang sekeliling liz dah yakin liz boleh bawa diri dan jaga diri sendiri.  Kalau sebelum ni mereka (mak abah & him) sentiasa akan bersama ke mana liz pergi. Semua anak tunggal life begini ke? Tapi liz sangat hargai the way they take care of me. Every thing happen for reason kan? 


Ramai sangat yang nak bergambar dekat pokok bunga ni. Mungkin sebab warna kuning dan purple ni membuat semua mata memukau.


Kebetulan bawak payung sebab kami datang sini dalam pukul 3 jadi cuaca masih terang benderang. Tak sangka pulak jadi props untuk bergambar.



Liz paling suka bergambar dekat sini sebab sukakan konsep pokok bunga berjuntai macam ni.



Kata kak wani tak boleh masuk bergambar dalam ni nanti ada orang tiup wisel suruh keluar tapi liz macam nak juga masuk dalam ni. Jadinya cameraman dah bersedia awal-awal lepas tu liz standby lari masuk dalam tu dan duduk. Hahaha muka kalut nak posing sebab takut kena halau keluar. #malu


Terengganu yang berkonsepkan Taman Dalam Laut.




Thank You House-mattes! Banyak lagi gambar sebenarnya tapi liz share dekat FB jelah ye. 
Baru seminggu dekat sini tapi rasa mudah get along with you guys semua.