BAGAIMANA CARA SAYA TAMPIL YAKIN DENGAN MASALAH JERAWAT

16 May 2015

BAGAIMANA CARA SAYA TAMPIL YAKIN DENGAN MASALAH JERAWAT | Assalamualaikum dear beautiful sisters.  Terima kasih kepada semua yang emailkan kepada liz dan memberi komen-komen yang positif dan juga hantarkan beberapa pertanyaan mengenai beauty tips. Terima kasih juga kepada mereka yang percaya kan liz untuk dijadikan pendengar masalah korang. Kadang-kadang liz berasa "Layak ke liz ni menjadi pendengar luahan korang?" Sedangkan aku liz sedang mengalami masalah yang sama dan mungkin lebih teruk daripada korang semua. 

Masalah yang liz maksudkan ialah masalah Kulit Berjerawat.  Liz rasa tak semua orang faham macam mana perasaan seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat melainkan mereka sendiri mengalaminya. Betul?

Dengan rendah hati liz membaca satu email daripada seorang pembaca blog liz. Pada pendapat liz untuk meluahkan sesuatu beban yang terbuku di hati sendiri kepada seseorang yang anda tidak kenal bukanlah perkara yang mudah. Jadi bila ada seseorang luahkan perasaan dia melalui penulisan yang seperti di bawah ni liz faham sangat sebab liz pernah alami perasaan macam ni. Terima kasih kerana percayakan liz dan pilih liz sebagai sahabat alam maya. :)



Pertama sekali liz jelaskan dekat sini. Untuk pertama kali liz mulakan rawatan dekat Ko Skin Specialist ni memang guna duit sendiri. Liz tidak dibayar untuk promote product mereka pun tapi liz start blog pasal Ko Skin Specialist ni sebab liz nak kongsikan perjalanan #AcneJourney liz dengan korang. Sebab liz rasa dengan cara ni liz tak rasa keseorangan. Liz rasa nak fight problem ni sama-sama dengan korang yang ada masalah yang sama dan cantik sama-sama dengan korang. Malu nak keluar dengan kawan-kawan? Yes pernah rasa. Malu nak keluar dengan boyfriend? Yes pernah rasa. Boyfriend bandingkan kita dengan perempuan lain? Yes pernah rasa (tapi ini bf dulu masa uni). Boyfriend tak sanggup nak teman liz buat treatment sebab rasa bored giler menunggu. Yes pernah itu cerita dulu. Bila gathering je dengan Family mesti ada yang tanya eah kulit tak elok lagi ke? Bukan pakai product mahal ke? Arghhh stress kan? Hah tapi bermula setahun yang lalu I met someone yang banyak membantu liz build up confident and stick with person yang banyak beri anda pengaruh positif okay. (POWER OF LOVE kunun) Hahaha

Boleh klik pada gambar untuk baca entry yang lepas.

10 PEKARA LIZ BUAT UNTUK LALUI SEMUA INI.

1. Tengok cermin dan lihat apa yang ada pada diri kita. Bila tengok dekat cermin satu perasaan syukur itu timbul walaupun muka merah-merah ada jerawat.  Liz ada hidung, ada mata, ada telinga, ada mulut dan liz ada kaki tangan. Ya Rabbi syukur nya diri ini andai dibandingkan dengan mereka yang tidak sempurna.

2.  Senyum. Dan buat perkara yang anda suka. Elakkan STRESS!!! 

3.  Selfie. Filter pictures yesss liz suka sangat buat semua tu. Sebab tak sabar nak cantik macam dalam gambar yang di filter kan. Jadi usaha dan disiplin pun lebih untuk tampil cantik.

4.  Pilih seseorang yang ada rasa mampu buat anda rasa berkeyakinan. Macam liz, bila liz ada jerawat naik sebiji ke dua biji ke liz akan cerita dekat BF liz. "Abg.. liz ada jerawat ni hah ala macam mana ni tak cantiklah liz." Siap hantar lagi pica dekat wasap BF sebab nak tunjuk buruknya rupa ada jerawat.  Dan sebaliknya BF liz akan bagi motivasi dekat liz dan cakap "sikit je tu, cepat-cepat pergi letak ACNE GEL. Cepat-cepat pergi letak cream A B C ke D ke."

5.  Bila nak keluar dengan kawan-kawan / BF liz akan make up. Sebab bila make up liz rasa lebih berkeyakinan. Walaupun tak xdapat tutup jerawat tapi sekurangnya manis lah juga daripada muka togel. Hehe.

6.  Selalu minum LEMON WATER. Detox setiap hari sebab nak singkirkan toxic dalam badan. Nak beli minuman Detox tak da duit sangat.

7.  Liz puasa daripada makan benda berminyak / bergoreng / seafood / benda-benda yang alergik dengan liz tak makan. (Tapi bila makan liz cepat-cepat buat lemon water). 

8.  Tak putus asa. Jangan pernah putus asa kalau korang cuba sesuatu product tu tak berjaya.  Walaupun liz da setahun 4 bulan dengan Ko Skin Specialist masih tak FLAWLESS takpe. Sebab sekurangnya jerawat dah tiada. Tinggal parut je dan ada masalah liang pori terbuka dan tersumbat. 

9.  Sabar! Jangan mudah beralih bertukar dengan product. Please jangan mudah terpengaruh. Kalau korang rasa product tu dah okay dengan korang, jangalah gatal-gatal pergi tukar. Lantak lah kulit orang lain tu kalau sesuai pun belum tentu sesuai dengan kulit korang.

10.  Pekak kan telinga dengan sindirian dan kritikan manusia yang jahat! Dan terus berusaha dan buat perkara yang bahagiakan korang. 

p/s kalau korang rasa kawan2 / BF korang suka dekat korang sebab rupa. Say Good Bye je dekat dorang. Chill girls. Berdampinglah dengan mereka yang selalu beri korang semangat dan sokongan.



Hi korang. Sebelum ni selalu hide BF. First time letak dekat blog takda sticker. (malu-malu kita)
Dia lah yang selalu hantar liz dan tunggu liz bt treatment. Teman shopping barang2 kecantikkan. Ambil jemput liz dan sokmo pastikan liz selamat walau dimana berada. (dengan doa kan boleh) :) Cuba faham perasaan liz. Selalu cakap liz cantik. Cakap liz comel / seksi / havoc / cantik / jelita. Hehe (tambah-tambah sendiri) 
Kesian dia tidur dalam kereta  sebab penat la tu teman liz shopping. 

XO XO ! 
Love your face - Love your body -Love your skin
Liyliz Yusof



1 comment

LEAVE COMMENT HERE.