RUTIN MALAM SEBELUM TIDUR UNTUK ELAK DARIPADA JERAWAT

18 Apr 2015


RUTIN MALAM SEBELUM TIDUR UNTUK ELAK DARIPADA JERAWAT | Assalamualaikum beautiful ladies.  Hari ni liz nak berkongsi rutin harian liz sebelum liz tidur bagi mengelakkan kenaikan jerawat pada keesokkan harinya.  Okay tips ni mungkin boleh diguna pakai sekiranya korang berminat sebab liz tak pasti sama ada ianya membantu ataupun tidak tapi pada diri liz sendiri YES langkah ni sangat membantu liz sebab liz rasa lebih tenang dan selamat sewaktu tidur.


Everyday is my juice day. 

Setiap hari liz akan blend buah-buahan dan jadikan nya sebagai jus. Kalau tahap kemalasan melanda liz akan minum fresh orange dalam botol je.  Misalnya daripada Peel Fresh ke Marigold ke hah tak kisahlah jenama apa pun tapi asalkan jus buah-buahan.  Kadang-kadang liz tukar buah carrot / epal / tomato / strawberry. Hah ikutlah apa yang ada dalam fridge liz tu. 




Sebelum tidur liz akan spray benda ni dekat bantal dekat tilam dekat selimut.  Hah rasa tenang je lepas tu fungsi benda ni kan anti-bacteria. Kills 99.9% of germs in second waceh!!!  Dan liz sangat suka-kan bauan-nya menenangkan dan best sangat nak tidur.  Sekurang-kurangnya kita ambil langkah-langkah kebersihan sebab pada liz sendiri memang agak mustahil untuk tukar cadar / sarung bantal / selimut setiap hari.  Setiap minggu? Hurmm mungkin tengok keadaan aktiviti mingguan liz macam mana.  Kadang-kadang busy sangat terlupa nak menukar. Jadi spray je setiap hari sebelum tidur sementara nak tukar yang baru basuh.



Dan sebelum tidur liz akan check semua email / pm / ig / whatapps / twitter dan semestinya la blog tersayang.  Ramai yang lebih mengenali liz dengan blog lama iaitu liylizyusof.com jadi liz nak bagitahu dekat korang blog liz tersebut tidak lagi di gunakan untuk selama-lamanya.  So I welcome you guys semua ke sini YEY my new blog www.beautyliyliz.blogspot.com 

Seperti biasa if you guys ada any question yang berminat nak tahu atau nak share experienced korang dengan liz korang boleh pilih mana-mana medium yang korang selesa untuk contact liz.  I try my best to give respond to you guys. 


My FB Page 
My Email : yusmarliza92@yahoo.com


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.