PENCUCI MUKA BARU TAHUN 2015 | KO Dermacare Purifying Cleansing Gel

16 Apr 2015


PENCUCI MUKA BARU TAHUN 2015 | KO Dermacare Purifying Cleansing Gel | 

Assalamualaikum beautiful ladies.  Setiap wanita tak kira usia mesti ada pencuci muka betul tak?  Ada ke perempuan yang cuci muka dengan air je? Serious ada? Untunglah kalau korang cuci muka dengan air biasa sahaja pun kulit dah cantik bersih. Bertuah sangat!  



                              Dec 2013                                                                   April 2015


Bukan senang nak bersihkan muka yang dah rosak.  Dalam tempoh 1 tahun 5 bulan kulit liz perlahan-lahan beransur pulih.  Liz cuma guna kan produk yang mampu milik sahaja (tak semua produk Dr.Ko liz beli) dan menambah koleksi produk dari Ko Skin Specialist bila ada extra budget sahaja.  Liz pernah buat extraction sebanyak 2 kali dan makan antibiotik selama 4 bulan sahaja. Kemudian perlahan-lahan tinggalkan vitamin A.  Selain tu juga, liz amalkan minum jus buah-buahan setiap malam supaya keesokkan hari nya mudah untuk proses membuang toxic-toxic jahat yang ada dalam badan. Hehehe! Ramai yang email dan PM cakap nampak kulit liz flawless sebenarnya liz apply make up untuk cover up redness dan scar yang masih ada.  Merujuk kepada gambar di atas bahagian paling ketara ialah kawasan dagu liz dah bersih (YEY) dan cuma tinggal di kawasan pipi sahaja sebab kulit muka di kawasan pipi liz sekarang ada masalah open pores jadi mudah terkena jangkitan bacteria dan bila ianya berlaku 1 biji jerawat akan timbul seperti gambar di atas.  Tapi liz happy walaupun ada 1 biji jerawat naik ianya normal yang tidak normal nya ialah bila jerawat naik secara mendadak ke seluruh muka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. I'm not so happy if that thing happen again!!!  Tapi kalau korang nak cepat sembuh dan miliki kulit yang licin macam kulit telur tu korang kena lah selalu pergi jumpa consultant dan buat treatment yang di sarankan oleh pihak mereka.  




Dan kenapa pula ada dua pencuci muka ni? Liz guna dua-dua ke? Mesti curious giler nak tahu kan? Yes! Liz guna dua-duanya tapi bukan serentak.  Dulu liz guna pencuci muka Bio Perform Acne Cleanser 1A dan ianya sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah kulit berminyak macam liz.  Bio Perform Acne Cleanser 1A ni bau dia ada Tea Tree Oil which it is really good for acne.  Tapi selepas lebih kurang setahun liz rasa kulit liz semakin kering selepas cucian dan permukaan kulit rasa kesat.  Jadi baru-baru ni liz ceritakan masalah tu kepada consultant dan mereka sarankan liz untuk cuba pencuci muka baru iaitu Purifying Cleanser Gel dimana ianya lebih memberi kelembapan kepada kulit.  Setakat ni kulit lembut sangat selepas cucian dan liz sendiri masih lagi dalam proses pemantauan sama ada pencuci ni betul-betul sesuai atau tidak dengan kulit liz. 

Diharap perkongsian kali ni dapat membantu ye.  Sebarang soalan mengenai Acne Journey liz atau apa-apa sahaja boleh PM di FB page liz iaitu di Beauty Liyliz Yusof. Atau nak berkenalan dengan liz boleh datang visit instagram liz di @beautyliyliz . 

Product details:
KO Dermacare Purifying Cleansing Gel 220ml RM198 

Cara penggunaan: Basahkan muka dengan air, letakan sedikit titisan pencuci muka tersebut pada tapak tangan dan gosokkan pada ke seluruh bagahagian muka dengan beberapa gerakan urutan sehingga bersih. Kemudian bilas dengan air.



Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.