REVIEW BOTOL SUSU PIGEON DISNEY BABY SERIES

13 Dec 2017

REVIEW BOTOL SUSU PIGEON DISNEY BABY SERIES |

Bagus ke botol susu pigeon disney baby series ni? Berita terkini melaporkan jeng-jeng-jeng! Botol susu Pigeon ada koleksi Disney Baby Series iaitu Mickey Mouse dan Minnie Mouse. Siapa yang peminat tegar Mickey Mouse family mesti akan hunting botol susu ni. Seronok la juga tengok newborn minum dengan botol yang ada koleksi mickey mouse ni. 


Eyes to eyes dengan abah ye.


Anti-colic sistem, dapat kurangkan baby sedut angin.


Kemain Muzaffar yek, nak pegang botol susu sendiri dah tu.

Sebenarnya jadi ibu bapa ni, kita semua pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan. Terutamanya masa bagi susu, itu la satu-satunya makanan & minuman yang dia boleh terima sehingga usia 6 bulan. Liz memang gigih nak bagi Muzaffar susu badan secara exclusive. Maksud exclusive tu, ialah 100% susu ibu tanpa campuran susu formula. Alhamdullilah, lepas usaha macam-macam tips, liz dapat banyakkan susu badan ni walaupun masa awal kelahiran dia turun 7% berat badan dalam masa 3 hari. Dan dalam range ni, doktor yang periksa dia sangat risau.

Jadi bila baby kita da biasa dengan susu ibu, dah biasa dengan puting ibu dia akan jadi sensitif bila kita bagi dia puting botol tau. Sebelum liz bersalin, liz da beli botol jenama A. Muzaffar okay je minum tapi dia minum setakat 40 mil je lepas tolak tak mahu dah. Liz dengan suami memang risau la sebab usia dia dah masuk 2bulan tapi minum 40 mil je, mana logik uit. Sekurang-kurangnya pun 60 mil tau. Tapi tak terfikir la pasal puting tu, ingatkan memang sebab si kecik ni minum sikit. Lepas tu, liz dapat botol susu dari Pigeon ni sempena pelancaran bulan Dec ni ada Disney Baby Series punya koleksi. Sooooo ~ Liz terus bagi Muzaffar cuba guna botol ni. Serius tau, dia boleh minum paling banyak sampai 100 mil sekali sesi. Memang happy gileerrr uit kami, sebab tu masa timbang dia 2 bulan hari tu dekat Klinik Kesihatan, berat dia naik 1.2 kg tau. 


Ini lah dia koleksi Disney Baby Series dari Pigeon. 
Menggunakan PPSU yang berkualiti tinggi.
Dah Launching tau December ni boleh cari dekat Sogo, Parkson, Isetan, Lazada , Shopee and Motherhood.


BPA/BPS Free

Botol Mickey Mouse Pigeon ni gunakan puting wide neck. Memang extremely soft giler serupa macam puting ibu & ibu-ibu jangan risau baby tak kan mengalami confusing nipple. Sebab setakat hari ni, kalau bagi Muzaffar nenen confirm terus lena, jadi kalau nak kasi dia minum sampai betul-betul kenyang, memang liz akan bagi dia guna botol. Botol susu SofTouch™ Peristaltic PLUS Nipple – 100% silicone tau. Lepas tu dia sangat-sangat flexible jadi baby mudah nak sedut dan gerak kan lidah dia masa menyedut. Nak tinggal kerja lepas ni pun dah rasa lega sikit.


Selain botol susu pigeon, liz bagi Muzaffar puting dari pigeon ni bila liz tengah bersiap. Sebab dia kalau nak tidur kadang-kadang kala mood dia nak berputing. 


See dah lena kan.
Puting ni ada saiz tau dari S-L
S = 0+M
M = 3+M
L = 6+M

Notes: Nak pilih puting korang kena tengok design nya tau, kat luar tu memang banyak jenama tapi liz pilih Pigeon ni sebab dia ada shape yang unik dapat elakkan baby jongang. Hihi ~

Untuk maklumat lanjut boleh layari detail dekat bawah : 

Website : http://newbornpure.com.my/




Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.