NURSING BRA MURAH

4 Oct 2017

NURSING BRA MURAH| Assalamualaikum semua. Hari ni liz nak kongsikan dengan semua ibu-ibu ataupun bakal ibu pasal nursing bra yang murah. Siapa yang suka barang murah, boleh la teruskan membaca apa yang liz nak kongsikan ni.

Simple dan short entry je hari ni, bukan nak cerita apa sangat pun. Cuma nak bagitahu korang kalau korang cari bra yang seperti dalam gambar di bawah ni. Boleh lah korang beli dekat SG SHOP. Harganya giler murah dari dekat luar sana tu, paling murah liz pernah jumpa nursing bra yang macam dalam gambar dekat bawah ni RM30 2pcs. Kalau beli 1 pcs harga dia RM19. Kalau nak survey walk in 1 per 1 yang murah, rasanya tak berdaya dah dengan perut yang makin sarat tu kan. Lepas tu dapat free extension bra lagi. Kalau dekat baby fair hari tu dorang jual 1 pcs RM5 tau. 

Cubaan kali pertama beli nursing bra dari SG Shop. Kain cotton yang selesa dan button yang mudah buka dan katup.

6 Helai nursing bra, 6 keping extension diorang bagi. 

Jadi paling mudah ialah buka laptop dan klik-klik order je dekat SG SHOP. Tapi korang kalau nak order kena la awal, jangan minggu depan nak bersalin, hari ni baru order pulak sebab barang dekat SG SHOP ni shipping dari China. Hampir sebulan juga nak sampai barang nya tu ke Malaysia kalau guna Sea Shipping la, sebab liz memang pilih shipping yang paling low cost punya.

Setakat ni bila pakai jenis nursing bra ni, nak menyusu kan baby mudah, sebab dia ada button di kedua belahnya. Nak bagi baby menyusu, buka je button terus dah boleh kasi susu. Liz order 6 pcs ni dengan seller yang sama sebab malas dah nak pilih-pilih dekat seller lain. Makin di pilih, makin banyak pilihan. Jadi liz cari yang paling murah je. Murah, murah, murah tapi berapa murahnya????

Harga dia RM6.92 je masa liz beli hari tu. Giler tak murah ke tu? Bila termasuk shipping dalam RM8.++ macam tu. Bergantung la berapa jenis barang korang beli lepas tu bahagi la untuk setiap item tu postage-nya. Harga mungkin akan naik, akan turun bergantung juga pada currency kita.


Sekarang ni paling murah yang liz jumpa RM7.02, maybe dah naik sikit harga nya. Jadi korang tunggu apa lagi. Pergi la klik-klik SG SHOP Malaysia sekarang dan beli.


2 comments

LEAVE COMMENT HERE.