CHECK UP IBU DAN ANAK SEBULAN DI KK SEKSYEN 7 SHAH ALAM

20 Oct 2017

CHECK UP IBU DAN ANAK SEBULAN DI KK SEKSYEN 7 SHAH ALAM | 

Alhamdullilah semalam 19th Oct 2017 genap cikenit ni sebulan. Nama diberi Muzaffar Yafiq yang membawa maksud Kemenangan Mulia. Kami sebagai mak ayah nya panggil cikenit ni dengan nama pertama-nya iaitu Muzaffar. Memang kami panggil cikenit ni dengan nama penuh, baru la ada maksudnya.  Tapi kalau esok dia dah besar, dah bersekolah kalau nak letak nama gelaran sendiri itu biaq pi dia la nanti. Yang penting bapak nya nak juga panggil nama penuh-nya tu Muzaffar.



Muzaffar ni masa keluar hari tu beratnya 2.42 kg dengan kepanjangan nya 47 cm. Tapi masa check up sebulan baru ni dekat KK beratnya dah naik 3.4 kg dengan kepanjangan nya 51 cm. Alhamdullilah sihat sejahtera hendaknya budak ni membesar.

Ikutkan sejarah kelahiran Muzaffar ni, dilahirkan disebabkan induce. Doc suggest liz bersalin awal sebab baby suspected IUGR. Apa tu IUGR nanti korang google la sendiri ye. IUGR ni ada banyak sebab. Untuk kes liz pula ialah disebabkan placenta baby dah hampir matang pada minggu ke 37 kalau tunggu sehingga minggu ke 40 doc risau yang baby akan kekurangan nutrient dan oksigen. Jadi baby boleh lemas dekat dalam perut, mungkin juga boleh beri kesan yang tak elok pada otak bayi dan tumbesaran dia. Jadi doc minta liz bersalin secara induce pada minggu ke 38. Alhamdullilah induce berjaya dan ada bukaan, risau juga kalau induce tapi tiada bukaan, sebab kemungkinan besar untuk c-sor tu memang tinggi. Kiranya kalau liz tak bersalin awal, kemungkinan besar untuk baby liz kena IUGR. Macam sekarang ni, baru suspected IUGR. Faham tak korang? Liz pun tak faham juga awalnya, banyak juga google dan membaca. Cuma nak pesan pada ibu-bapa semua masa scan tu korang kena alert dengan growth line baby tau. Apa-apa pun ikut nasihat doctor korang tau. Nanti ada masa lebih liz cerita pasal kes suspected IUGR tu.

Semalam liz agak lewat juga ke KK, tunggu cikecit ni bangun lambat juga, nak susu dulu nak beriba dulu bagai kan. Jadi dalam pukul 9 juga la baru bergerak. Liz bersalin dekat PPUM jadi liz tak da buku baby lagi tapi kalau yang bersalin dekat hospital kerajaan. Korang automatik terus akan ada buku baby. Liz pula bila dah sebulan baru buat buku baby dekat kaunter register.

Lepas tu nurse akan minta kita timbang baby dan ukur kepanjangan dulu. Lepas tu baru ukur berat ibu pula dan ibu perlu buat beberapa ujian juga selepas bersalin ni. Kena test Urine dan juga HB darah. Sama je macam proses buat check up hamil hari tu. Darah amik kat hujung jari tu je.

Tapi Muzaffar ni ada extra check up sebab dia kuning tak turun lagi. Selain kena suntik sebulan (Hepatitis B) dia kena amik darah juga dekat tumit kaki. Alhamdulllah bacaan dia 100.6 turun dari minggu lepas bacaan dia 127. Muzaffar ni kategori prolonged jaundice sebab mak ayahnya darah O, makanya dia pun darah O. 

Tapi bila nak tunggu jumpa doctor kat KK ni memang agak merana sikit la lagi-lagi bila dah datang lewat kan. Sebelum jumpa doctor tu, liz kena masuk jumpa nurse dulu. Masa ni dah pukul 1230 korang tahu la kan, nurse pun dah lapar kan. Haha jadi check up pun cincai giler. Ambil tekanan darah liz, lepas tu tanya ada rasa bengkak ke tidak. Macam tu je weh, tinggi rahim ke apa semua tak check. Haha beza betul dengan check up dekat KK kampung, kadang-kadang ada yang siap tengokkan lagi . Dekat Setia Alam ni, sekali pun nurse tak pernah datang rumah liz jenguk. Sedangkan suami memang dah datang ke KK daftar kelahiran bayi masa dia umur 3 hari lagi. Tak pe redha je la, sebab liz beranak PPUM takkan la sampai gini sekali terabai kan. Sedih nya! Lagi 1, lain KK, lain cara nya tau. Liz tau pun sebab liz selalu juga tanya kawan-kawan yang buat check up dekat KK lain, itu yang tahu apa yang kurang apa yang lebih.

Lepas dah jumpa nurse, jumpa la pula doctor untuk refer kes pasal baby kuning ni macam mana. Alhamdullilah doctor dah discharge Muzaffar, tak payah buat check up ambil darah lagi sebab bacaan dah 100 dan ujian saringan untuk hati, urine dan tyroid juga clear. Berak kencing pun normal. Cuma suami liz, selagi tak turun sampai 0 dia tetap rasa risau. Gayanya macam nak bawa ke PPUM pula tu sambung check up, bukan tak nak terus ke PPUM tapi sebab jarak, dan kekangan masa lebih dekat dengan KK Shah Alam cuma untuk certain kes baru la bawa ke PPUM.

Sekarang ni, mission untuk banyakkan susu lagi dan kasi Muzaffar minum secukupnya. Semoga cepat membesar ya, walaupun kamu dekat dalam rahim mami kecil je.

Notes: Apa yang liz cerita ni pengalaman liz, tak semua akan mengalami pengalaman yang sama. Adioss!





2 comments

  1. alhamdulillah..membesar dengan jayanya ye..bgus liz..teruskn nyusu badan

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.