AGAINST24 MALAYSIA PRODUK BABY BARU DI WATSON

8 Aug 2017

AGAINST24 MALAYSIA PRODUK BABY BARU DI WATSON| Assamualaikum korang. 


 Danny Hoh, Customer Director of Watsons Malaysia, Caryn Loh, General Manager (Country Head) of Watsons Malaysia, Lee Joyce, Marketing Director of Against24
Tak sempat lagi nak share dengan korang pasal produk baby yang baru dikenalkan dekat event Watson yang liz pergi baru ni. Padahal dah 2 minggu lepas dah berlalu event ni, hoho buat pekasam la kejap. Baby pun tak keluar lagi jadi malas nak mengeledah sangat. 

Tiba-tiba malam ni rajin pula sorting barang-barang baby. Jadi teringin pula nak cuba salah satu daripada produk yang liz dapat hari tu. Ala mami guna sikit je, kalau habis kita beli la baru ye sayangku. 

Against24 ni ialah Top produk daripada Taiwan dan produk ni mengandungi SDC+ formula. Kiranya memang produk paling best untuk agent anti-bakterial. Rangkaian yang diperkalkan masa event hari tu ada dua jenis, yang pertama yang jenis itik ni dan kedua jenis yang panda tu. Haa kalau produk budak-budak ni memang kena ada gambar cute-mute baru la seronok sikit dorang nak mandi. Packaging pun mainkan peranan penting tau.


Rangkaian Againts Rubber Duck 


Rangkaian Power Panda 







Hari ni rasminya liz cuba hand wash dari Power Panda. Liz suka bau dia sebab memang bau baby la senang cita, kalau korang nak tahu detail macam mana setiap baunya ha baiklah korang singgah ke Watson dan cuba sendiri. 

Tak terlalu berbuih, memang sesuai untuk kulit si kecil kita sebenarnya berbanding guna produk mandian atau cucian yang banyak buih ni. Nak bilas pun senang tak payah nak beriya bilas membilas sebab sabun nya bukan jenis melekit dan melekat. 



Masa event hari tu liz sempat lagi main fishing-fishing itik dekat sini. First time weh macam jakun la juga, dasar tak pernah pergi main dekat funfair gini la jadinya bila dah besar. Nak jadi mak budak baru sibuk nak main. 



Selain main game tadi, liz dapat juga merasa design tote bag sendiri. Siap tepek itik lagi hah situ, kebanyakkan bloggers yang datang sini tulis nama anak diorang. Memandangkan anak sendiri tak keluar lagi jadi kita buat bag Mommy To Be la ye. 


Tak sampai hati nak makan! Comel sangat itik seketul atas ni.


Walaupun kabur tapi tetap nak tempek juga gambar dengan kak ayue ni.
 Lepas ni boleh tepek gambar dengan sama-sama dengan baby pula yek.

Selamat mencuba ye kalau korang nampak produk Against 24 ni dekat Watson! 
 Adiooos!!!

2 comments

  1. I like what you guys are up too. Such intelligent work and reporting!
    Carry on the superb works guys I've incorporated you guys to my blogroll.
    I think it'll improve the value of my website :).

    ReplyDelete
  2. I am not certain where you are getting your information, however great topic.
    I must spend some time studying much more or figuring out more.

    Thanks for magnificent information I used to be looking for this info for my
    mission.

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.