MENGHILANG & BEREHAT

17 May 2017

MENGHILANG & BEREHAT | Assalamualaikum semua! Can't believe! I stop blogging for almost 2 months ++ Lamanya been MIA kan, last post masa February hari tu. 

Semuanya datang tiba-tiba, liz dinaikkan pangkat ke position baru yang totally liz zero dalam bidang tu tapi Alhamdullilah liz dapat boss yang sangat baik tak pernah jemu beri tunjuk ajar. (Walaupun buat salah banyak kali) & tak sangka juga selepas 3 bulan dalam position baru tu ada 2 company lain tengah hunting untuk offer join company mereka. Untuk masa sekarang ni, liz tak rasa nak move ke company lain lagi. Baru nak bertatih .. biarlah perlahan-lahan lagi kat sini sini. (Ilmu belum cukup) 



Dalam masa yang sama juga, jeng jeng jeng jeng .. Our junior tengah membesar dalam perut kite. Ofcoz kami excited, tapi simpan sikit tak tunjuk sangat. Kalau tengok fizikal liz sekarang ni tak gaya pun tengah pregnant sebab perut tak nampak. Alahan liz sangat teruk, setiap malam muntah. Alahan dengan bau.  Kerja baru dan awal kehamilan, bila dua benda ni datang serentak, beban tu rasa dekat badan ni macam nak kerat-kerat. Kadang-kadang liz rasa malas sangat nak pergi kerja, liz tak suka bergambar, tak suka makeup, tak suka gosok baju dan yes kesian suami I kena gosok baju sendiri. I pergi kerja semua nya tak bergosok, T-Shirt dan skirt/seluar.  Tudung? Liz pakai shawl yang tak bergosok sampai la ofismate tegur, terrible giler ko hari ni tudung nampak sangat tak gosok. Uarghh liz yang anjet-anjet lawo kemas bergaya dekat ofis dah jauh beza, makcik cleaner pun lagi lawo dari penampilan ku. (Rasa nak berhenti kerja goyang kaki tengok tv kat rumah sambil pakai baju tidur je rasanya waktu tu)

Ya perasaan nak berhenti kerja tu sangat kuat! Kadang-kadang meronta-ronta, tapi my husband selalu bagi motivation, pagi-pagi buatkan breakfast, rumah semua dia kemaskan, tolong masakan yang simple-simple untuk kami. (Well, i tak boleh bau minyak you alls) Kalau dia menggoreng apa-apa, liz akan berkurung dalam bilik sambil termenung. Semua benda memang tunggang langgang you alls.

Sampai lah last 2 weeks, kami ambil mak dan nenek untuk temankan liz dekat rumah sepanjang Malan ke Dubai. Setiap hari balik kerja, mak siapkan makan malam, makan pagi, minum petang. Heaven nya, liz rasa liz macam zaman single dulu, mak lipatkan baju. Ya Allah, banyak nya yang mak buatkan untuk anak dia ni. 

Rambut gugur ketara giler, liz sebulan boleh tukar syampo sebanyak 5 kali. Dove, Pantene, Sunsilk, Safi, Clear. Sebab bau teruk sangat, ada je rasanya tak kena, sabun mandi pun sama. Memang tempoh awal trimester tu liz habiskan banyak duit liz pada benda yang tak berfaedah. I feel so bad! Should saving kut untuk baby sebenarnya.

Sekarang dah masuk second trimester, wow feel amaze giler. Sebab kuasa makan dah bertambah, HB dah naik ke 12 sekarang ni. Dah tak muntah teruk, takda rasa loya tak da rasa nak muntah. Tapi rasa mengantuk tu tetap juga setiap hari lepas makan tengah-hari. Sampaikan boss pun biarkan je liz tidur dekat meja. Bangun-bangun sakit tengkuk! Tu perkara biasa dan semua orang akan macam "eah-eah jangan kacau liz tidur". 

1st month awal perkahwinan je, I macam perfect giler. Buat sarapan, bangun kul 5 pagi, gosok baju suami. Eceh! Kemas rumah, melawo bagai. Masuk hujung bulan 2, habis semua hilang kemana. Suami pandai-pandailah sendiri urus diri. YA Allah kejam nya ku ini. Tapi memang liz tak daya langsung, bukan buat-buat tau. Masa early marriage husband memang tanya ready to have baby early awal ke tak. Ku sangkankan mudah preggy ni weh. Haha! Jadi masa ready to get married tu liz cuba amalkan makanan yang sihat. Eceh! Lepas kahwin, makanan yang tajam-tajam, macam durian ke, nenas ke semua tu tak makan. Dengan harapan melekat cepat hihi. Aktiviti lasak ke memang tak buat la, memang berharap semoga dapat jadi ibu cepat. Alhamdullilah Allah makbulkan. Semoga tabah amalkan perkara yang baik-baik, makan makanan yang sihat dan jaga kesihatan. (Admit, masa trimester hari tu benda yang tak sihat itulah yang banyak dimakannya) 

Tak mudah rupanya, besar rupanya pengorbanan ibu ni. Dah bakal menjadi ibu ni, baru rasa sendiri. Dulu suka lawan mulut dengan mak, sekarang baru rasa haaah betapa susahnya. Okay taubat, kite tak buat dah tau mak.   Doakan semoga kandungan liz sihat dan deliver baby ni dengan sihat. Amin3. 


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.