KEDAI BELAJAR MENGAIT FREE SUBANG PARADE

27 May 2017

KEDAI BELAJAR MENGAIT FREE EMPRIRE SUBANG PARADE | Assalamualaikum semua dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Hari ni ialah puasa yang pertama hari ni liz bersama baby. Sambil mengisi masa lapang menunggu berbuka yang jauh lambat lagi ni, meh la liz kongsi dekat semua pasal tempat belajar mengait yang FREE ni.

Ya lah korang, FREE je tak yah bayar cuma syaratnya korang kene beli barang dekat kedai ni dan korang terus boleh duduk dan mengait. Apa sahaja jenis kategori boleh belajar dekat sini. Nak jahit baju? Jahit stocking? Jahit topi? Jahit kasut? Haish macam-macamlah jenis korang boleh belajar dekat sini. 


Wan bergambar dekat depan Kedai Lily Handicraft.
Wan memang suka posing ni, suruh je mesti automatik senyum punya.

Alamatnya : 
F-27, First Floor, Subang Parade 5, Jalan SS16/1, Subang Jaya


Memang seronok la wan bila liz bawa dia ke sini. Faham-faham jela you alls, kalau kita bawa nenek or orang tua kita yang dah biasa dengan suasana kampung mesti bosan kalau di ajak duduk dekat kawasan bandar. Jadi liz pun gigih lah bertanya, google semua. Haa mujurla kak ayue share lokasi ni, mingu tu terus liz bawa wan dengan mak ke sini.


Yerrr Wan dah excited tengok stocking baby. Masa dia datang rumah hari tu, dia bawa benang, tapi jarum takda sebab semua dah habis terbakar masa incident rumah kami terbakar Nov lepas. Tapi jangan sedih-sedih, hidup kena teruskan. Merungut dia sebab dekat Lipis dah takda jual jarum dan alatan mengait, yela benda-benda macam ni semakin luput sebab kebanyakkan orang zaman kini (termasuklah liz) haha mana ada masa nak layan buat benda ni. Jadi kalau peniaga jual pun tak untung kalau kurang orang beli, jadi untungnya bila dekat bandar besar ni masih ada tempat-tempat yang menjual barangan mengait untuk peminat tegar macam wan ni ramai dekat sini. 

Orang kreatif ni tak tenang hidupnya kalau tak dapat buat apa yang dorang minat, jadi liz rasa ciri-ciri kekreatifan yang liz ada ni turun dari genetik wan. Setiap hari balik kerja, kisahnya liz membodek wan, pujuk-pujuk dia cakap ada kat kedai ni kedai tu. Supaya dia tak rasa bosan. Ada juga liz bawa dia ke DAISO, DAISO pun ada juga tapi tak banyak jarum. Tak berapa bestlah kiranya, tapi wan seronok jalan ke situ sebab ada banyak barang yang pelik-pelik. Itu je lah modalnya nak layan wan, kalau tidak kesian orang tua bosan tau.

Yang masih ada nenek ke tok ke, liz harap korang spend la masa sikit untuk dorang, dan apa yang kita mampu untuk bahagiakan dorang selagi masih ada ni. Nak kata liz ni cucu solehah sangat takdalah, kadang-kadang suka juga betengkak dengan wan ni ha. Just at-least be the best as you can be. 


Semua benda ada dekat sini, Jarum mengait, peralatan mengait, benang mengait, buku mengait. Eah macam-macam lah, liz nak sebut secara detail pun liz bukan reti dan kenal sangat barang-barang nya. Tapi memang wan dari depan pintu sampai ke dalam senyum. 

Ni wan tengah tengok orang-orang yang datang sini belajar mengait, boleh mula mengait dari pukul 11 pagi sampai 8 malam. Tempat ni bukan kelas, dia macam konsep free and easy gitu, beli lepas tu duduk jahit. Kalau tak reti, owner kedai ni akan ajar. Setiap hari macam tu. Korang boleh datang dan balik ikut suka sepanjang waktu tu. 


Dah keluar dari kedai pun wan happy lagi, excited nya tak habis. Liz belikan wan buku design mengait stocking sebab wan tak sabar sangat naik mengait stocking untuk bakal cicit dia ni. InsyAllah semoga segalanya diizinkan oleh Nya. Benand dekat sini mahal sikit dalam RM19 segulung sebab benang mengait dekat sini sangat berkualiti. Jenis yang tak berbulu punya. Liz beli 1 je haha warna maroon, sebab wan dah ada banyak benang yang jenama Milon tu dalam RM2 je segulung. Kualiti memang jauh beza, tapi takpalah tu je cucu dia mampu haha. 

Buku ni harganya dalam RM60 lebih macam tu, kalau orang tak da basic mengait liz rasa memang susah untuk korang nak mengait sebab buku mengait ni semua dalam bahasa jepun tau. Wan liz ni tak pe, dia memang pro dah. Haha tengok je dah reti, cuma nak buat design-design pelik-pelik tu kena la tengok buku. 

Jarum mengait dalam RM17 macam tu, tapi sorry la tak ambil pula gambar nya. Tapi jarum mengait liz cakap ni ialah yang guna 1 jarum, bukan yang 2 jarum tu. Kalau jarum 2 tu untuk jahit baju sejuk. Kalau jahit stocking guna yang jarum besi tu je. Dan jarum besi tu ada saiznya. Saiz 7, saiz 9 hah macam tu la cerita nya. Total barang untuk wan hari tu dalam RM100 lebih juga, sekarang ni dah masuk bulan puasa, mesti dia dekat kampung tengah mengait la tu. 

Selamat berpuasa semua. Saja share dekat korang pasal ni, manatau korang pun ada nenek yang perlu dihiburkan sebegini. Hehehe ~







Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.