DIY HELIUM BALLOON JIMAT DAN MURAH

23 May 2017

DIY HELIUM BALLOON JIMAT DAN MURAH Assalamualaikum semua.
Excited sangat ni nak menaip entry pasal DIY hiasan Balloon untuk sambutan Bridal Shower Ika hari tu. Sebab balloon yang dibuat & dihias tu sangat cantik! Yang pasti boleh berjimat dan tak membazir.

Almaklumlah, helium balloon sangat mahal dan riwayat pun tak lama sebenarnya. Sebelum ni, liz pernah update pasal helium ballon yang beli untuk birthday kawan liz dekat sini. Tapi sebab kan, kami nak spend duit untuk banyak lagi benda lain jadi kita kenalah save dari membazir dekat helium balloon tu. Lagipun riwayat dia bukan lama mana pun you alls, tapi kalau korang ada banyak budget apa salahnya ye dak?

So sebenarnya yang kami buat ni bukanlah guna helium pun. Tiup guna mulut je, tapi sebab nak ala-ala berdiri tegak macam ada helium jadi kami gunalah kreativiti yang ada ni sampai balloon berdiri. Hehe ~


Barulah nampak macam ada party sikit kan? 
Bila ada balloon yang colorful ni.


Bahan-bahan terpakai semua nya.

1. Bunga (Guna bunga hantaran liz)
2. Bekas kaca (Guna bekas centerpieces majlis reception liz)
3. Gabus (Lebihan hantaran hari tu)
4. Ribbon (Recycle dari bakul hadiah)
5. Chopstick (Ambik kat dapur)
6. Balloon (Kedai DIY RM1.70 10pcs)


Senang kan? 
Tengok gambar je korang dah faham kan buat macam man?
Letak dulu gabus tu dalam bekas, potong la ikut size secukup rasa lepas tu cucuk dengan bunga-bunga kesukaan korang.

Lepas tu ikat la ribbon warna yang lawo-lawo dekat tiang chopstick tu, kemudian korang cucuk je dekat gabus tu. 


Siap! Tiup belloon kecik-kecik, jangan besar sangat tau sebab nanti tak comel. Lepas dah siap tiup semua balloon tu, korang gunakan tali / benang / selotip atau dawai atau apa sahaja yang korang rasa logik untuk melekat. Macam yang di atas ni, zaty guna benang.

Kemudian tambah hiasan ribbon putih dekat tengah-tengah baru nampak lawo berjuntai. 



Zaty tengah tekun tolong cucuk kan balloon sementara tunggu liz dan ika sampai. Nanti next post liz story macam mana kami plan untuk bridal shower si ika ni. Manatau kepada kawan-kawan yang nak buat SURPRISE BRIDAL SHOWER tu boleh la dapat idea ke nanti kan.

See you guys again in the next post. 




7 comments

  1. waa.. boleh tahan idea ni.. nanti kakak try..

    ReplyDelete
  2. Boleh kak, bt bnyk2 kalau utk bufday lg sesuai

    ReplyDelete
  3. buat sendiri memang bajet..tapi kena ada kerajinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsampai 1 jam siap dah kak kalau barang cukup ms bt ni.

      Delete
  4. Liz rajinnn! Ada je idea kan.. kretif2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila xcukup modal pika, idea nak jimat mencurah-curah haha

      Delete
  5. When your website or blog goes live for the first time, it is exciting. That is until you realize no one but you and your. How to mine helium

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.