SELEPAS BEBERAPA TAHUN BERLALU | #SARAHWEDSIZZAT

26 Jul 2016

SELEPAS BEBERAPA TAHUN BERLALU | #SARAHWEDSIZZAT

Assalamualaikum Internet Family. Ahad lepas 24 July 2016 Alhamdullilah seorang lagi kawan kelas liz semasa belajar di UiTM Jengka dulu dah pun mendapat gelaran PUAN! Taniah beb. Tak pernah tak lawa tau dari zaman Uni sampai sekarang tetap hot! Sarah ni memang pandai bergaya dan melawa kalau korang nak tahu. Tak macam liz, selekeh je dulu bergaya memang tak pandai lah. Tapi tah macam mana boleh jadi #beautyblogger kahkahkah 

Dah pandai melawa sikit. (Cheese) 

Masa kenduri macam ni lah liz paling tak sabar nak jumpa kawan-kawan yang lain juga. Bila dah lama tak jumpa tak sabar nak tengok diorang depan mata dan peluk diorang rapat-rapat! Banyak sangat kenangan pahit dan manis dengan diorang semua. Mesti korang pun sama kan? 


Fina : Lembut dan soft spoken. Sampai sekarang tetap sama. Kalau dia nak cakap sesuatu atau nak sampai kan sesuatu mesti tenang je. 

Me : Urkk !! 

Najwa : Kalau dia cakap mesti sebutir-sebutir dan jelas. Sebab tu masa presentation memang senang giler kalau dengar Najwa ni cakap. Dia seorang yang sangat blur juga haha sorry Najwa. Sebab tu kalau ada Najwa mesti best. & dia sangat jujur bila sampai kan sesuatu pendapat. 


Aqmaliah : Aigo ni BFF krepek pisang. Kalau dapat pisang dah cukup boleh buat dia bahagia. Dia ni dari dulu bila bercakap mesti muka merah-merah. Apatah yang dia malukan. Sangat mudah nak masuk mana-mana kepala pun. Kadang-kadang terpaksa jadi tempat aku luah perasaan. 

Aina Mardhia : Haar ini bakal Datin. Tah mana Dato dia? Belum ketemu lagi. Always glam and beautiful. Patut jadi model dia ni. Dia pandai buat kelakar tau, siapa jadi Dato dia mesti beruntung giler. #banker pandai kira-kira ni hahaha #money2

Aina Mahat : Dia ni nampak ja kecit! Tapi garang giler. Sekali dia smash kasi statement jangan simpan dalam hati na. 

Setiap dari mereka ada sifat-sifat yang tersendiri. 
Sebab tu setiap dari mereka sangat special dalam hati liz. 

Group Photo 2016

Happy sangat gelak apa ni mak jemah?



Bila lah kita dapat jumpa lagi. Soon okay!


Curi snap pic pengantin dari tepi. 
Sarah ialah top student untuk batch kami. Dan kami sangat bangga Sarah ialah classmate kitorang. Dekan every Sem okay!! 


I try my best nak bergambar dekat dengan pengantin. 
Kerusi Agong pengantin sangat exclusive weh. Terpaksalah mak jemah ni menggapai leher pengantin. Sorry beb kacau korang bersantapan. 

 Photo dari group Wasap!

Sorry kepada semua sebab tak dapat join korang bergambar secara proper atas pelamin. Pelamin pengantin sangat cantik!!!!!! Tema macam ala garden gitu. 

Dan thank you untuk door gift kasi moist kek. 
Baru habis tadi, makan bawa ke pejabat hari ni siap boleh kongsi ramai-ramai. 

Taniah untuk #sarahwedsizzat 
Selamat Pengantin Baru 

4 comments

  1. Kalau dah lama tak jumpa kawan..sekali jumpa memang akan berceloteh je..cantik-cantik kawan kau dik

    ReplyDelete
  2. betul laa...sally pun kadang ralat sikit bila tak dapat g kenduri tau...bila dah belajar PJJ ni, weekend je ada kelas...byk betul terlepas kenduri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe nnt sally cuba la curi2 ms lgpn dah habis kan exam

      Delete
  3. suka tengok liyliz. maintai cute, cun dan stailo

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.